Saturday, January 1, 2011

Jalan-jalan Cari Makan bersame Cik Jah!

 Episod 1

Weehooo!! Sedang Cik Jah godek2 memory phone buruk Cik Jah, Cik Jah discover baaannnyaaakk sangat gambar2 makanan yang ada.. Paham2 je la ye, Cik Jah memang kuat makan sikit! Untuk episod pertama Jalan2 Cari Makan bersame Cik Jah ni, Cik Jah nak bawa anda ke tempat2 makanan sekitar tempat tinggal Cik Jah je la ye.. Euwww!~ Sejak bila ko ade program rancangan sendiri ni?? diam la! hahaha..

Ok lah, Jom Jalan2 Cari Pasal Makan!

Nasi Goreng Ikan Masin!

Nah! :)




Harga: Rm 3.50
Lokasi: E-Voke


Komen: Pada Cik Jah, nasi goreng ni sedap la jugak.. Memang berasa la ikan masin tu.. Tekstur nasi nya juga sangat selesa dikunyah di dalam mulut, hahaha..Tapi tak boleh makan selalu okay! nanti kena darah tinggi la pulokk! Pstt: sape kluar dari tempat makan ni terus jadi vogue! macam Cik Jah ni la! huahuahua..




Nasi Goreng Tomyam!

Uishh!

Harga: Rm 4.00
Lokasi: E-Voke jugak

Komen: Ha, ni pulak nasi goreng tomyam yang di order oleh Cik Jah sendiri. Yang nasi goreng ikan masin tadi, kawan Cik Jah punya. Cik Jah rasa, kuantiti makanan nya mengikut saiz badan orang yang mengordernya la. ha! here it is! melimpah ruah nasi yang diberikan! huhuhu.. T_T rasa nasi ni agak pedas, sesuai dengan citarasa Cik Jah sendiri tetapi agak manis juga rasanya, tak tahu la napa.(mungkin gula tertumpah ke kan) So Cik Jah agak bermalas- malasan jugak la nak menghabiskan nasi ni sebab muak sikit dengan kemanisannya. Tetapi, lepas habis makan nasi ni, muka Cik Jah pun bertambah manis okeh! huahuahua!




Cucur! (Cucur apa ntah. Cucu sayur kot)

Err..

Harga: Satu biji = 5 posen
Lokasi: E-voke lagi, hehehe..

Komen: Cik Jah beli 3 ketul kesemuanya, bersamaan Rm 1.50.. Okay, yang ni Cik Jah beli konon2 sebagai appetizer sebelum makan nasi tadi. Tetapi selepas beberapa minit membeli cucur ni, nasi pon dah siap. Sebenarnya, cucur ni dah sejuk dah. Cik Jah sukat suhunya, ada la dalam -3'C camtu suhunya.. der~ So, Cik Jah pun pandang sipi2 je la cucur ni. Last2, Cik Jah bungkus dan bagi kawan2 yang lagi memerlukan. Baik kan Cik Jah? hahaha..

Kita ke lokasi lain pula!


Tadaaa!!~

Nasi Kerabu!


Dap2! ;)

Harga: Rm 3.50
Lokasi: Mahallah Maryam

Komen: Menu ni antara menu kegemaran Cik Jah. Walaupun Cik Jah bukan berasal dari kelate, tapi Cik JAh jatuh senta ngan makanan nya yang satu ni, hehehe. Cik Jah suka sangat kerabu ulam2 tu. :) Komen Cik Jah untuk nasi kerabu kat Mahallah Maryam ni okay. Cuma sambal dia terlalu pedas. Berair2 mata dan hidung Cik Jah pabila memakannya. Oleh kerana kepedasannya yang terlampau, Cik Jah makan sambil sulam kan dengan meminum air. Kesannya perut Cik Jah seperti terkandung pasangan kembar, hahaha..




Rojak!!

Woww!!~

Harga: Mengikut bahan2 yang dipilih
Lokasi: Mahallah Maryam juga ;)

Komen: Rojak! hehe.. Rojak yang dibeli pada waktu ini ialah 5 ringgit lebih! banyak kan?? ekekeke. Rojak ni dibeli oleh krew Cik Jah sendiri :p Kuah rojak dia boleh tahan sedap. Cukup rasa semua. Cik Jah berminat dengan tepung cucur nya, hehe..


Krew JJCM Bersame Cik Jah bersama makcik yang membuat rojak ni ;)



Dessert timeeee!!!~ oyeahhh!


Besh2!!

Chocolate Cheese Cake!!


Terlioq~ T_T
 
Harga: Rm 4.70 kot per slice
Lokasi: Kedai Roti sebelah Nelson tu pe ntah namanya, haha.

Komen: Yummy2!! Kek ni sedap!! yela, kek orang lain yang beli, hahaha.. Cik Jah memang suka cheese, so kek ni menepati citarasa Cik Jah ( semua menepati citarasa ko kan, pe yang tak?) :p



luak sudahh~

Hasil kreativiti krew JJCM Bersame Cik Jah dgn mencocokkan Chipsmore atas kek yg dah terluak ckit tu.. cute kan?? ;)






Oreo Cake!!~


Harga: Rm 4.70 per slice.
Lokasi: Tempat yang same, huhu.. 

Komen: Seriously, Cik Jah takmo dah beli kek ni! huhuhu.. Takde rasa oreo pun. Tapi cam rasa kopi pun ada, huhu. Pastu krim nye buat Cik JAh rasa cam ada morning sickness, haha. Psst, comot2 ckit kek ni sebab dah tergolek2 dalam kotak, ngeee~



Tu dia~




Dah2! tengok ape lak Cik JAh beli time singgah kat bazar, hehe..


Asammm! :D
Asam lagi!




Dan lagi!! hehehe..


Oklah, Cik JAh pon dah penat sambil makan sambil menaip, haha.. Jumpe lagi kita d rancangan Jalan2 Cari Makan Bersame Cik Jah okeh!! geli la weii! hahaha.. Semoga terhibur penonton2 sekalian! :p


Tq! c ya! Wassalamm!!~




Penerbit rancangan ni, hahaha!






2 comments:

  1. lawanya penerbit dia...hahahahaha....banyak gila kot makanan hang...kahkahkah...len kali kita wat video plak naaa..hehee

    ReplyDelete
  2. banyak kan? Cik Jah kumpul punyala banyak khas untuk JJCM Bersame Cik Jah episod pertame ni, hahahaha :P

    ReplyDelete