Monday, January 3, 2011

Jom buat dessert best!!

*Tetibe cam nak buat rancangan memasak ler puler ;)


3, 2, 1, Action!


Apa khabar Tuon-tuon dan Puon-puon semua?? Semoga sihat la hendaknya ya.. ha? tak kenal siapa saya? ish3! sayala Chef Jah Meletop! hahaha.. ya! Chef Jah kali ni nak tunjukkan cara2 nak membuat dessert yang terlalu simple! nama dessert ini ialah Puding Koktel. Gempak tak nama resepi Chef Jah neh? Segempak nama org yang membuatnya kan? hahaha.. Budak tadika pon boleh buat okeh! Taknak kalah dengan budak tadika?? Ha! apa kata, Tuon2 dan Puon2 semua mencuba resepi turun menurun dari keluarga Chef Jah meletop neh.. (resepi turun temurun ke? ) So, jangan malu dan segan untuk terus scroll page ini okeh! ;) 

Haa, sebelum menyediakan resepi best ni, mestila sediakan bahan2 nya dulu kan? let's move on!


Bahan-bahan yang terpilih ialah.. JENG3!!

Puding / Jelly cute jenama Cocoon (Cocon or Cocoon camtu la, huhu) >>> 2 bekas okeh!
Susu cair >>> 1 tin jek!
Buah campuran dalam tin>>> 1 tin gak!
Buah longan / laici dalam tin>>> masih 1 tin juge ;)
Ais>>> sukehati nak banyak mana.
Sedikit garam.

Psst, resepi Chef Jah bagi ni seswai untuk hidangan 6-7 orang camtu ye.. Senang kata, untuk satu family la..


Jom2 tengok cara buat nya pulak!

Langkah 1:



Haa, pandai2 la bukak jelly2 cute ni satu2 ye! Agak2 tangan tak berapa kuat nak bukak, boleh suruh somi2, anak2, jiran sebelah rumah ke untuk bukak kan. Masukkan la dalam bekas camtu, agak2 muat gitu.





Ni bekas2 kosong dari jelly tadi. Tuon2 dan Puon2 boleh je nak pakai jelly yang besar ckit, tapii, jelly bentuk camni cute wat? kan3?? hehehe..



Langkah 2:



Ha, masukkan pula buah campuran dalam tin tadi tu dalam piyok neh. Mak Chef Jah kata, buah campuran obersi sedap ckit n tak hancur. Tapi ikut la selera Tuon2 dan Puon2 ye..


Langkah 3:



 Okay, masukkan susu cair pulak. Habeskan satu tin okeh!


Langkah 4:




Masukkan buah longan pulak. Haa, di sini kita dapat lihat ada unsur2 buah buahan tempatan ye, hehehe..



Langkah 5:



Masukkan garam sedikit, bagi rasa lemak2, pastu gaul2 kan dia.. atau perkatan lain, kacau2 kan dia.




Weeeewwiitttt!!~




Wow3! Menarik gitu! Oit2! Jangan lupa satu bahan lagi belum dimasukkan.




Langkah 6 dan yang terakhir! (tak sabar la tu kan nak buat??) hahahah :p





Masukkan ais ye Tuon2 dan Puon2. Baru ada ummphhh!!




Gaul2 rata.. "grrr, sejuknyerrr" kate kuah2 tersebut.



DANNNN, SIAPPPP!!





Hidangan ni sesuai untuk dimakan lepas lunch, waktu relax2 bersama family ke. Sesuai juga dibawa untuk berpiknik! oyeaah!!~






Bismillahirrahmanirrahimm~ Ammmm! (bunyik suapan pertama)



Haa! senang je kan?? dapat dah dah buat satu jenis dessert.. Bertambah la satu resepi dalam kepala otak kan? hehehe.. Ingat, budak tadika pun boleh buat ;) soooo~~


SELAMAT MENCUBAAA!!  ;)


Yang benar; CHEF JAH MELETOP


Tq! C ya! Wassalam~ :)

Sunday, January 2, 2011

Asyura namaku :)

Salam.. (gaya sopan2 gtu) :p

Selamat tinggal bulan Muharram.. Selamat datang tahun 2011 :) Azam? takdek2! hahaha.. pade saye, azam saye apabila start nya sem baru, ngeh3.. so setiap kali sem baru, baru ada azam baru.. jadi azam saya dalam setahun tu ada la beberapa kali kan, ;) okay, cakap pasal bulan Muharram, hari ni, 27 Muharam 1432. dah nak habis dah bulan Muharram. Dalam bulan Muharram ni ada satu hari yang istimewa tu kan. iaitu 10 Muharram :) pada 10 Muharram ni:

"Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura" - link

dannn, JENG3!!! Pada 10 Muharram ni juga la saya dilahirkan di dunia ini, heheheh.. pada Hari Asyuraa tuhhh, hehehe ;)

 Mak pernah cerita kat saya, kalau tak kan, mak nak bagi nama saya Asyuraa.. NUR ASYURAA :)
sedap kan nama tu? hehehe.. Tapi ayah saya taknak, huhuhu.. So membesar la saya dengan nama saya sekarang ni yang bermaksud Cahaya yang Terpelihara.. Alhamdulillah, jadi seorang insan yang terpelihara saya.. (hahaha! perasan!)

The best thing is, whenever is my birthday, mak akan buatkan saya bubur Asyuraaa!! yehhh! Since kitorang berasal dari Johor, so bubur Asyura kitorang pun style Johor la. Bubur Asyura style Johor is like bubur lambuk la.. nak?? nak ke?? tak boleh! hahaha.. Maaf la, gambar je yang tinggal :p


Mmmuuahh! wallllaa!!~ ;)



weeewiitttt!!~ :p



Selamat menjamu selera! hahaha.



Hey, really.. Sempena tahun baru ni, I wanna become more confident in whatever that I do, write, speak, ect., ect.. Pendek kate, semua la. And in order to achieve that, i do have to believe my own self! aite?? (ayat berterabur, menyampahh~)

Tq, c ya, Wassalam :)

Saturday, January 1, 2011

Jalan-jalan Cari Makan bersame Cik Jah!

 Episod 1

Weehooo!! Sedang Cik Jah godek2 memory phone buruk Cik Jah, Cik Jah discover baaannnyaaakk sangat gambar2 makanan yang ada.. Paham2 je la ye, Cik Jah memang kuat makan sikit! Untuk episod pertama Jalan2 Cari Makan bersame Cik Jah ni, Cik Jah nak bawa anda ke tempat2 makanan sekitar tempat tinggal Cik Jah je la ye.. Euwww!~ Sejak bila ko ade program rancangan sendiri ni?? diam la! hahaha..

Ok lah, Jom Jalan2 Cari Pasal Makan!

Nasi Goreng Ikan Masin!

Nah! :)




Harga: Rm 3.50
Lokasi: E-Voke


Komen: Pada Cik Jah, nasi goreng ni sedap la jugak.. Memang berasa la ikan masin tu.. Tekstur nasi nya juga sangat selesa dikunyah di dalam mulut, hahaha..Tapi tak boleh makan selalu okay! nanti kena darah tinggi la pulokk! Pstt: sape kluar dari tempat makan ni terus jadi vogue! macam Cik Jah ni la! huahuahua..




Nasi Goreng Tomyam!

Uishh!

Harga: Rm 4.00
Lokasi: E-Voke jugak

Komen: Ha, ni pulak nasi goreng tomyam yang di order oleh Cik Jah sendiri. Yang nasi goreng ikan masin tadi, kawan Cik Jah punya. Cik Jah rasa, kuantiti makanan nya mengikut saiz badan orang yang mengordernya la. ha! here it is! melimpah ruah nasi yang diberikan! huhuhu.. T_T rasa nasi ni agak pedas, sesuai dengan citarasa Cik Jah sendiri tetapi agak manis juga rasanya, tak tahu la napa.(mungkin gula tertumpah ke kan) So Cik Jah agak bermalas- malasan jugak la nak menghabiskan nasi ni sebab muak sikit dengan kemanisannya. Tetapi, lepas habis makan nasi ni, muka Cik Jah pun bertambah manis okeh! huahuahua!




Cucur! (Cucur apa ntah. Cucu sayur kot)

Err..

Harga: Satu biji = 5 posen
Lokasi: E-voke lagi, hehehe..

Komen: Cik Jah beli 3 ketul kesemuanya, bersamaan Rm 1.50.. Okay, yang ni Cik Jah beli konon2 sebagai appetizer sebelum makan nasi tadi. Tetapi selepas beberapa minit membeli cucur ni, nasi pon dah siap. Sebenarnya, cucur ni dah sejuk dah. Cik Jah sukat suhunya, ada la dalam -3'C camtu suhunya.. der~ So, Cik Jah pun pandang sipi2 je la cucur ni. Last2, Cik Jah bungkus dan bagi kawan2 yang lagi memerlukan. Baik kan Cik Jah? hahaha..

Kita ke lokasi lain pula!


Tadaaa!!~

Nasi Kerabu!


Dap2! ;)

Harga: Rm 3.50
Lokasi: Mahallah Maryam

Komen: Menu ni antara menu kegemaran Cik Jah. Walaupun Cik Jah bukan berasal dari kelate, tapi Cik JAh jatuh senta ngan makanan nya yang satu ni, hehehe. Cik Jah suka sangat kerabu ulam2 tu. :) Komen Cik Jah untuk nasi kerabu kat Mahallah Maryam ni okay. Cuma sambal dia terlalu pedas. Berair2 mata dan hidung Cik Jah pabila memakannya. Oleh kerana kepedasannya yang terlampau, Cik Jah makan sambil sulam kan dengan meminum air. Kesannya perut Cik Jah seperti terkandung pasangan kembar, hahaha..




Rojak!!

Woww!!~

Harga: Mengikut bahan2 yang dipilih
Lokasi: Mahallah Maryam juga ;)

Komen: Rojak! hehe.. Rojak yang dibeli pada waktu ini ialah 5 ringgit lebih! banyak kan?? ekekeke. Rojak ni dibeli oleh krew Cik Jah sendiri :p Kuah rojak dia boleh tahan sedap. Cukup rasa semua. Cik Jah berminat dengan tepung cucur nya, hehe..


Krew JJCM Bersame Cik Jah bersama makcik yang membuat rojak ni ;)



Dessert timeeee!!!~ oyeahhh!


Besh2!!

Chocolate Cheese Cake!!


Terlioq~ T_T
 
Harga: Rm 4.70 kot per slice
Lokasi: Kedai Roti sebelah Nelson tu pe ntah namanya, haha.

Komen: Yummy2!! Kek ni sedap!! yela, kek orang lain yang beli, hahaha.. Cik Jah memang suka cheese, so kek ni menepati citarasa Cik Jah ( semua menepati citarasa ko kan, pe yang tak?) :p



luak sudahh~

Hasil kreativiti krew JJCM Bersame Cik Jah dgn mencocokkan Chipsmore atas kek yg dah terluak ckit tu.. cute kan?? ;)






Oreo Cake!!~


Harga: Rm 4.70 per slice.
Lokasi: Tempat yang same, huhu.. 

Komen: Seriously, Cik Jah takmo dah beli kek ni! huhuhu.. Takde rasa oreo pun. Tapi cam rasa kopi pun ada, huhu. Pastu krim nye buat Cik JAh rasa cam ada morning sickness, haha. Psst, comot2 ckit kek ni sebab dah tergolek2 dalam kotak, ngeee~



Tu dia~




Dah2! tengok ape lak Cik JAh beli time singgah kat bazar, hehe..


Asammm! :D
Asam lagi!




Dan lagi!! hehehe..


Oklah, Cik JAh pon dah penat sambil makan sambil menaip, haha.. Jumpe lagi kita d rancangan Jalan2 Cari Makan Bersame Cik Jah okeh!! geli la weii! hahaha.. Semoga terhibur penonton2 sekalian! :p


Tq! c ya! Wassalamm!!~




Penerbit rancangan ni, hahaha!