Wednesday, December 8, 2010

Nyah kau dari dapur aku!!

     Pagi tu mood ceria dan bersemangat untuk mula memasak. Cari  bahan2 api apa yang patut. Otak merencanakan resepi2 diraja keluarga turun temurun untuk dimasak. Dan pada suatu ketika.. "Apsal nasi bersepah2 kat lantai neh?" "Apsal nasi2 ni boleh bergerak2?"  Setelah diamati dengan teliti "nasi2" itu, baru saye perasan yang mereka itu adalah ULAT SAMPAAAHHHH!!! arghhh! owh man! 

     Saye pun apa lagi, dengan akal yang tak berapa waras, mula menjerit2 kerana kegelian yag teramat sangat kat makhluk2 tu.banyak wo!  Dengan akal yang tak berapa waras juga saye menjerit2 kat ulat2 tu suruh keluar dari dapur saye. "go away! go away!" "pergi kau dari dapur aku!" "keluar! keluar! geli! geli!"  Macam la  ulat2 tu faham cik adik T_T relax ar der, wa dah tulis 'dengan akal tak berape waras kan?'" ok, fine.. perlakuan menjerit2 ini juga disertakan dengan curse word ataupun kata2 sumpahan macam kat cerita Harry Potter tu.. eh, tu bukan spell ke? aahhh! watever~ *dun try dis at home.


psst, bukan gambaran sebenar :p

     My bro ni pun, apasal la tak buang sampah semalam. Nak nangis rasanya menghadapi ulat2 ni. Pada waktu ni, baru saya sedar betapa pentingnya kehadiran seorang lelaki dalam rumah --> untuk membuang sampah yang dah dikerumuni ulat2 gedik ni.  Malangnye, org lelaki semua tiada pun dalam rumah pada waktu tu. T_T Okay. Bila keadaan stabil, saye dan adik saye pun bekerjasame untuk menyahkan ulat2 tersebut. (pssttt, bukan nak suruh ulat2 tu jadi auuww2 okay) menyah di sini bermaksud menghalau, mekaseh.

(baby)


    Perkara drastik pertama yg dilakukan adalah menyembur ulat2 tersebut dengan Ridsect. Alangkah terkejutnya kami apabila ulat2 itu tidak mati! diulangi, TIDAK MATI!! adakah mereka kebal?? hahaha.. Tak jalan gak, kitorang sapu ulat2 tu keluar pintu. Ada la dalam sejam camtu nak bagi bersih T_T


cam pelik je Ridsect tu. T_T

   
     Kalau anda taknak berdepan situasi macam saye ni sila beri perhatian kat peringatan ini:

.::Pastikan tidak lupa untuk buang sampah, ataupun, tidak lupe untuk menyuruh abang anda membuang sampah.. haa, best2! ngeee..::.

.::Pastu, asingkan sampah basah n kering. sampah basah tu kena la buang hari2 kan, kalau tak lalat bertelur dan menghasilkan larva2 yang digelar ulat sampah tadi T_T ::.

.::Pastu, pastikan tong atau bakul sampah anda berpenutup, so that lalat tak dapat hinggap kat sampah tu.::.


(dustbin)


Haa, tu je la kot.. Anda ada tips2 lain tentang perkara ni? hehe.. come2 share ;)

Moral of the story: Saye kena buat rawatan laser mata. (Ada ke patut ulat2 disamakan dengan nasi?? eeuuuwww~) argghhh! syadappp!

tq, c ya! wassalam..



No comments:

Post a Comment